SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk kekal sebagai pembangkang dengan tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan.
Perkara itu diumumkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hasil kesepakatan Dewan Tertinggi BN.
"Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan.
"Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.