Remaja hamil tiga bulan antara 39 ditahan

Iklan

MIRI - Seorang remaja 18 tahun mengandung tiga bulan, dua warga emas serta seorang lelaki ditemui bersama dengan patung menyerupai wanita untuk memuaskan nafsu seks adalah antara 39 individu ditahan dalam operasi antidadah yang diadakan selama tiga hari sejak Rabu lepas, di sini.

Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri, Mazlan Jikran berkata, 36 individu ditahan positif dadah di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan jika disabitkan kesalahan akan diperintahkan menjalani rawatan serta pemulihan di pusat pemulihan selama dua tahun atau di bawah perintah pengawasan tidak lebih tiga tahun.

Iklan
Iklan

"Seramai tiga orang lagi ditahan di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama kerana melanggar syarat pengawasan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan sebatan tiga kali," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, turut ditahan positif dadah ialah seorang pemuda yang belum berkahwin berumur 48 tahun dipercayai menggunakan patung tersebut untuk memuaskan nafsu seks dan beberapa keping cakera padat lucah milik pemuda tersebut.

Iklan
Iklan

"Kesemua yang ditahan berumur 18 hingga 63 tahun didapati positif dadah syabu dengan kawasan operasi dijalankan di Kampung Subak, Simpang Bekenu, Bukit Peninjau, Kampung Kawang, Kampung Dagang, Kampung Pulau Melayu, Tudan, Pujut dan Permyjaya .- Bernama