Anwar dijangka adakan sidang akhbar selepas menghadap Agong

Iklan
Wakil media sedang menunggu sidang akhbar yang akan dilakukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR - Wakil media sedang menunggu sidang akhbar yang dijangka dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media difahamkan, Anwar akan mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat beredar dari Istana Negara kira-kira jam 5.10 petang.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini memaklumkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan PH dan PN menghadap pada jam 4.30 petang tadi di lstana Negara.