Dewan Tertinggi BN bermesyuarat lagi malam ini

Iklan
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam Selasa akan melibatkan pimpinan utama gabungan berkenaan.

SHAH ALAM - Dewan Tertinggi BN dijangka bersidang sekali lagi di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam Selasa.

Memetik laporan Astro Awani, mesyuarat itu akan melibatkan pimpinan utama gabungan berkenaan.

Iklan
Iklan

Perkara itu juga turut disahkan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan ketika ditemui pemberita yang tiba di lokasi berkenaan sebentar tadi.

Turut mengesahkan mengenai mesyuarat yang akan berlangsung malam Selasa adalah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, namun beliau enggan mengulas lanjut ketika diajukan mengenai tujuan pertemuan tersebut.

Iklan

Sumber memberitahu, mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu akan disusuli dengan pertemuan bersama kesemua 30 ahli Parlimen BN.

Sebelum ini, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat kira-kira pukul 11 pagi Selasa membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Iklan

Menurutnya, setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.