Ahli Parlimen BN berhak pilih PM tanpa tekanan

Iklan
Annuar Musa

SHAH ALAM - Sebarang dokumen yang dibuat bagi memberi tekanan kepada ahli Parlimen daripada menyokong mana-mana Perdana Menteri adalah tidak terpakai dan terbatal.

Bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, dasar 'no Anwar, no DAP' seperti yang diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah dasar yang terikat dan tidak boleh dirombak oleh mana-mana individu.

Iklan
Iklan

"Sedikit rumit adalah kerana ada pihak yang dari awal membuat pakatan sulit sejak sebelum pilihan raya umum (PRU) lagi, tanpa menyedari perkara itu satu kesalahan besar dan ianya batal dan tidak sah.

Kata Annuar lagi, konspirasi terancang yang dibuat pihak tertentu adalah amat serius dan telah melanggari dasar PAU dan keputusan Dewan Tertinggi BN.

Iklan

"Justeru kita yakin pada kebijaksanaan dan sikap adil dan berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai penguasa mutlak dalam melantik seorang Perdana Menteri.

"Difahamkan setiap ahli Parlimen BN akan diberi peluang menyatakan sendiri pilihan mereka, sesuai dengan kehendak perlembagaan," katanya.

Iklan

Yang di-Pertuan Agong menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat daripada BN menghadap secara individu pada jam 10.30 pagi Rabu di Istana Negara.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua gabungan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 4.30 petang Selasa.