RAJA Salman Abdulaziz al-Saud mengisytiharkan Rabu sebagai cuti umum di Arab Saudi bagi meraikan kejayaan skuad The Falcons menewaskan Argentina 2-1 dalam aksi sulung Kumpulan C Piala Dunia di Qatar pada Selasa.
Cuti umum itu tertaktuk kepada semua pekerja kerajaan, sektor swasta serta pelajar di seluruh negara itu.
Arab Saudi yang menghuni tangga ke-51 dunia melakar kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak dunia apabila menewaskan juara dunia dua kali, Argentina.
Gol kemenangan wakil dari Asia itu hasil ledakan Saleh Al Shehri dan Salim Al Dawsari, manakala gol saguhati Argentina dijaringkan pemain bintang, Lionel Messi.
Skuad The Falcons akan membuat perhitungan dengan Mexico dalam aksi kedua kumpulan pada Sabtu.