Argentina tekad bangkit selepas dimalukan Arab Saudi

Iklan
SKUAD Argentina yang menerima tamparan hebat setelah dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Arab Saudi dalam saingan Kumpulan C Piala Dunia tekad bangkit dalam baki aksi seterusnya.

SKUAD Argentina yang menerima tamparan hebat setelah dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Arab Saudi dalam saingan Kumpulan C Piala Dunia tekad bangkit dalam baki aksi seterusnya.

Penyerang sensasi, Lionel Messi menyifatkan kekalahan itu sebagai sesuatu yang sangat mengejutkan.

Iklan
Iklan

"Tewas kepada Arab Saudi sangat mengecewakan, tetapi kami harus bangkit dan meneruskan saingan seterusnya yakin pada diri sendiri.

"Kami tidak akan menyerah kalah, kami akan cuba menewaskan Mexico," ujar Messi.

Iklan

Messi meletakkan Argentina di depan selepas 10 minit permainan berlangsung menerusi sepakan penalti pada aksi yang berlangsung di Stadium Lusail.

Bagaimanapun jaringan babak kedua menerusi Saleh Al-Shehri dan Salem Al-Dawsari membantu Arab Saudi melakar kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia.

Iklan

Nasib Argentina mungkin berubah jika tiga gol pada babak pertama tidak dinafikan kerana ofsaid, sekali gus berpotensi memungut tiga mata pada perlawanan itu.

Pada babak kedua, skuad kendalian Lionel Scaloni gagal memecah kebuntuan jaringan ketika lawan beraksi baik di barisan pertahanan bagi mengekang asakan lawan.

"Kami tahu Arab Saudi memiliki pemain yang bagus, berjaya mengawal bola dengan baik dan memberi tekanan kuat bagi pasukan kami," kata Messi.

Beliau berkata, Argentina, cuba memberi tentangan sengit kepada Arab Saudi setelah ketinggalan, namun aksi mereka agak gopoh.

"Tiada alasan, kami harus lebih bersatu daripada sebelum ini. Pasukan ini mempunyai kekuatan dan berjaya mempamerkannya sebelum ini.

"Kami tidak mengalami situasi seperti ini sejak sekian lama, sekarang kami harus membuktikan kemampuan sebenar pasukan." katanya.

Skuad Albiceleste mempunyai baki dua perlawanan Kumpulan C menentang Mexico pada Sabtu, diikuti Poland pada Rabu depan untuk menghidupkan peluang memburu gelaran dunia buat kali ketiga.