'Kami hanya boleh gembira 20 minit'- Renard

Iklan
Renard. Foto Agensi

ARAB Saudi enggan terleka dibuai dengan kemenangan mengejutkan ke atas juara dunia dua kali, Argentina 2-1 pada aksi sulung Kumpulan C saingan Piala Dunia pada Selasa.

Jurulatihnya, Herve Renard juga tidak mahu para pemain berada seperti 'di awang- awangan' sebaliknya mahu mereka terus fokus dengan aksi seterusnya.

Iklan
Iklan

"Apabila beraksi di Piala Dunia, anda perlu percaya pada diri sendiri kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak," katanya.

Argentina memulakan aksi di Stadium Lusail dengan positif apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-10 hasil sepakan penalti Lionel Messi.

Iklan

Bagaimanapun Arab Saudi mempamerkan kebangkitan menerusi Saleh Al-Shehri yang mengikat kedudukan sebelum Salem Al-Dawsari meledak gol kemenangan.

"Semuanya berpihak kepada kami tetapi jangan lupa bahawa Argentina masih sebuah pasukan yang hebat.

Iklan

"Inilah bola sepak di mana kadang-kadang perkara gila boleh terjadi," katanya yang sebelum ini pernah membawa Zambia dan Ivory Coast menjadi juara Afrika.

Di sebaik kemenangan bersejarah itu, Renard terus memandang kepada aksi seterusnya berdepan Poland dan Mexico.

"Kami hanya boleh bergembira selama 20 minit kerana masih ada dua lagi perlawanan perlu diharungi," katanya.

Renard juga tidak terkejut seandainya Argentina memandang rendah terhadap Arab Saudi.

"Mungkin motivasinya tidak sama seperti berdepan Brazil," ujar Renard.