Covid-19: 2,516 kes baharu, 11 kematian direkodkan

Iklan
Sebanyak 2,516 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import. -Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 2,516 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Ia menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,971,936 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Iklan
Iklan

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak 11 kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan tujuh kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,620 kes.

Iklan

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 27,003 kes, dengan 25,071 atau 92.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 1,839 pesakit ditempatkan di hospital dengan 93 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Iklan