Keputusan mohon tangguh menghadap Agong diketahui hari ini

Iklan
Hishammuddin - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan hari ini.

"Bukan amalan kita bercerita pada khalayak. Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok,” kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, malam tadi.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata, BN masih mengekalkan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

"Kita harap (sesi menghadap esok) boleh ditangguhkan... tak tahu boleh ke tidak. Kita bukan nak tubuh kerajaan, tapi nak nyatakan pendirian sahaja (ketika menghadap),” katanya.

Iklan

Al-Sultan Abdullah pada Selasa menitahkan 30 ahli Parlimen BN menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu pada jam 10.30 pagi hari ini. - Bernama

Iklan