JURULATIH Denmark, Kasper Hjulmand mengakui anak-anak buahnya berasa gementar sehingga gagal mempamerkan karakter sebenar pada aksi sulung Kumpulan D Piala Dunia menentang Tunisia pada Selasa.
Beraksi di Stadium Education City, Tunisia berjaya mengikat keputusan tanpa jaringan pasukan di ranking ke-10 dunia itu.
"Pemain bermain dengan begitu gementar dan sangat perlahan, kami tidak menemui rentak pada babak pertama.
"Tidak syak lagi kami bermain di bawah kemampuan sebenar. Ia (layak daripada peringkat kumpulan) menjadi sukar kerana pertembungan masih belum berakhir," ujar Hjulmand.
Peluang terbaik Denmark pada aksi itu hadir menerusi pemain gantian, Andreas Cornelius, namun dinafikan oleh palang gol.
Denmark juga berpeluang memperoleh sepakan penalti, namun keputusan tidak memihak mereka, manakala Tunisia pula melepaskan dua peluang berharga.
Tunisia akan berdepan Australia dalam misi meraih kemenangan pada Sabtu ini, manakala Denmark pula akan membuat perhitungan dengan juara bertahan, Perancis.
Dalam pada itu pemain Tunisia, Aissa Bilal Laidouni berkata, bahawa mereka perlu turun beraksi dengan keazaman untuk menang yang tinggi.
"Ini adalah Piala Dunia, satu kejohanan yang sangat penting di dunia. Penyokong di Qatar menakjubkan dan penting untuk menunjukkan kepada mereka yang kami mempunyai tekad dan mahu memberikan segala-galanya." katanya.