Steinebrunner kesal gangguan luar

Iklan
Steinebrunner luah kekesalan susulan individu tertentu cuba mengajar pemain dan barisan kejurulatihan ketika Kelantan tewas 0-1 kepada di PDRM di Kota Bharu, malam tadi.

PETER Jorg Steinebrunner menempelak individu tertentu dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dilihat mencampuri urusan pasukan ketika Kelantan tunduk 0-1 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Premier di Kota Bharu, malam tadi.

Pada sidang akhbar sejurus perlawanan, Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu meluahkan kekesalan ekoran sikap tidak profesional individu tersebut yang seolah-olah ‘mengajar’ pemain dan barisan kejurulatihan pasukannya.

Iklan
Iklan

"Anda (wartawan) mahu saya bersikap jujur atau berpolitik? Saya sangat terkejut dan anda boleh tulis perkara ini, saya tidak kisah sama ada pihak pengurusan mahu ambil tindakan atau sebaliknya kerana ini adalah pandangan saya mengenai bola sepak.

"Ada orang yang berada di tempat duduk atas (stadium) memekik-mekik kepada pemain, panggil nama pemain dan ini (perbuatan) daripada pihak (individu) pengurusan.

Iklan

"Apa yang saya faham pengurusan sepatutnya beri sokongan, bukan cara seperti ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, Kelantan tewas kepada The Cops 0-1 menerusi jaringan pemain import, Lee Changhoon pada minit ke-83 sekali gus menyaksikan pasukan itu kini menghuni tangga tercorot liga.

Iklan

Menurut pengendali kelahiran Jerman itu, mana-mana individu yang berada dalam barisan pengurusan perlu menggunakan saluran betul untuk menyampaikan pandangan sekiranya tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara.

"Tiada rasa hormat dan ini bukan sikap yang perlu ada dalam bola sepak. Saya tidak dengar kritikan daripada penyokong di seberang padang.

"Pengurusan adalah pengurusan dan mereka perlu beri sokongan kepada pemain, jika mahu bercakap, boleh tapi secara tertutup.

"Jangan menjerit daripada tingkat lima, anda rasa adakah pemain gembira melihat cara seperti ini? Saya mahu tanya, adakah anda berada di sini untuk beri sokongan dan bantu kami? Atau cuba untuk melemahkan semangat kami?.

"Saya nak tanya, apa jenis lesen dia ada dan datang bercakap dengan saya. Dalam bola sepak profesional, kami (jurulatih) kena jaga tingkah laku, saya tak boleh sesuka hati memekik kepada pengadil,” katanya.

Tegasnya lagi, sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap benda yang tidak berfaedah sebaliknya ada perkara lebih penting yang harus difikirkan mengenai masa depan pasukan itu.

"Semua orang bercakap bagaimana hendak selamatkan Kelantan. Ya, kami sedang berjuang untuk keluar daripada zon penyingkiran dan saya akan bercakap dengan mereka agar ubah sikap demi pasukan ini,” ujarnya.