MRA hantar bantuan kemanusiaan ke Pakistan

Iklan
MRA telah menggerakkan bantuan kemanusiaan ke Pakistan susulan bencana banjir terburuk yang dihadapi negara tersebut.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Malaysian Relief Agency (MRA) telah menggerakkan bantuan kemanusiaan ke Pakistan susulan bencana banjir terburuk yang dihadapi negara tersebut.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, pihaknya menyalurkan bantuan program perubatan di samping agihan keperluan lain kepada penduduk di sana.

Iklan
Iklan

"Selain itu, tujuan bantuan kemanusiaan MRA ke Pakistan adalah bagi melawat serta memantau beberapa projek MRA yang telah dilaksanakan di beberapa daerah di Pakistan sejak 10 tahun lalu seperti projek WASH, pendidikan dan pembangunan komuniti terutama di daerah Peshawar dan Charsadda, Khyber Pakhtunkhwa.

"Fokus utama bantuan yang bakal digerakkan adalah bantuan perubatan di lapan kem penempatan sementara di daerah Khairpur, Larkana dan Mehar, wilayah Sindh yang diketuai oleh Dr Zafri Ismadi Mohd Anis, Pengarah Perubatan MRA serta beberapa agihan bantuan yang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, MRA turut menyalurkan bantuan sekitar RM150,000 dan beberapa bantuan asas lain seperti 800 bakul makanan asas, 20 unit khemah penempatan sementara, 24 unit penapis air serta 200 helai pakaian, termasuk kerja-kerja membaik pulih 10 telaga dan sistem pengairan yang terjejas untuk kegunaan penduduk di sana.

Menurutnya, MRA juga mempunyai jaringan dan komuniti pantas bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada rakan strategi lapangan MRA di Pakistan seperti Al-Khidmat Foundation dan beberapa pertubuhan lain yang turut menghulurkan sumbangan dana seperti Yayasan Yara.

Iklan

"Semoga usaha MRA ini dapat membuka lebih banyak mata serta kesedaran kemanusiaan yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan.

"Justeru, kami mengalu-alukan sumbangan untuk Tabung Bantuan Banjir Pakistan bagi membantu rakyat yang masih terjejas akibat bajir buruk tersebut," ujarnya.