Wakil GPS dititah menghadap Agong

Iklan

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan lima wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghadap pada Rabu.

Memetik laporan sebuah portal media, antara pemimpin yang akan menghadap Agong adalah Richard Riot dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Aaron Ago Dagang dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Fadillah Yusof dan Alexander Nanta Linggi dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Iklan
Iklan

"Ya, saya boleh mengesahkan Seri Paduka Baginda menitahkan wakil GPS menghadapnya hari ini.

"Sebanyak lima wakil akan menghadap Tuanku," menurut laporan portal media itu yang memetik kata-kata daripada sumber.

Iklan

Dalam PRU15, GPS menang 23 kerusi Parlimen dengan PBB meraih 14 kerusi, disusuli PRS (5), SUPP (2) dan Parti Demokratik Progresif (3).

Sebelum ini, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg berkata bahawa mereka bersetuju untuk bergabung dengan BN dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan Muhyiddin Yassin selaku calon Perdana Menteri.

Iklan

Namun, GPS dalam kenyataan terbaharu pada Selasa berkata gabungan itu menyerahkan kepada kebijaksanaan Agong untuk membuat keputusan mengenai calon yang sepatutnya dilantik menjadi Perdana Menteri.