30 Ahli Parlimen BN terus ke Istana Negara

Iklan
Tiada kelibat pergerakan Ahli Parlimen BN yang dilihat setakat jam 10 pagi di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), dekat sini.

KUALA LUMPUR - Tiada kelibat pergerakan Ahli Parlimen BN yang dilihat setakat jam 10 pagi di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), dekat sini.

Sinar Harian difahamkan, 30 ahli Parlimen BN akan terus bergerak ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Iklan
Iklan

Al Sultan Abdullah pada Selasa, menitahkan kesemua mereka untuk menghadapnya secara individu pada jam 10.30 pagi.

Pada masa sama, Baginda juga turut menitahkan wakil daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghadapnya pada hari yang sama.

Iklan

Ia susulan berlakunya situasi 'Parlimen tergantung' yang mana tiada gabungan berjaya memperolehi majoriti mudah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

PRU15 menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi Parlimen manakala Perikatan Nasional (PN) pula adalah sebanyak 73 dan BN 30.

Iklan

Manakala GPS pula memenangi 23 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebanyak enam dan Parti Warisan Sabah pula tiga.