Rombakan Exco syarat utama Sultan Johor

Iklan
Osman mengadakan sidang media selepas mengadap Sultan Ibrahim berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor di Pejabat Bersatu hari ini. - Foto: Raja Jaafar Ali
JOHOR BAHRU - Rombakan barisan Exco Kerajaan Johor menjadi syarat utama yang ditetapkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai lantikan Menteri Besar yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Osman Sapian berhubung intipati pertemuannya bersama baginda yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini, kira-kira jam 9.05 pagi tadi.

"Saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Tuanku tepat jam 10.30 pagi tadi. Baginda mengambilnya tetapi tidak membuka untuk melihat isi kandungan surat tersebut. Baginda bertitah, surat itu diambil sebagai cenderahati (souvenier).

Iklan
Iklan

"Sama ada perkara itu (peletakan jawatan) diterima, Tuanku bertitah akan meletakkan beberapa syarat tertentu untuk penyandang menteri besar yang baharu. Kalau diterima mungkin lantikan boleh dibuat.

"Menerusi syarat itu juga, mungkin akan ada perubahan besar melibatkan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu Johor, di sini, sebentar tadi.

Iklan
Osman mengadakan sidang media selepas mengadap Sultan Ibrahim berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor di Pejabat Bersatu hari ini. - Foto: Raja Jaafar Ali

Mengulas mengenai peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor ke-16, Osman memberitahu perkara itu masih belum jelas memandangkan dirinya telah diarahkan untuk mengadap baginda sekali lagi petang ini.

"Saya juga dimaklumkan atas titah baginda akan berjumpa kembali pada jam 6.30 petang ini. Apa yang akan dibincangkan saya tidak pasti jadi apa-apa pun perkara ini (peletakan jawatan) masih belum selesai.

Iklan

"Jadi saya rasa, sebagai orang parti, saya masih lagi Pengerusi PH Johor dan Pengerusi Bersatu Johor. Sebagaimana dimaklumkan pucuk pimpinan parti, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa mereka tidak membincangkan soal itu,” katanya.