[VIDEO] Zahid, Tok Mat antara pemimpin BN tiba di Istana Negara

Iklan
Gambar dari kiri: Mohamad dan Ahmad Zahid antara pemimpin gabungan itu yang dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu dua sebentar tadi. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin gabungan itu yang dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu dua sebentar tadi.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memasuki kawasan berkenaan pada jam 10.44 pagi.

Iklan
Iklan

Sebuah kenderaan lain yang berada di belakang SUV yang dinaiki Presiden UMNO dipercayai membawa Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sebelum itu, kenderaan dipercayai membawa Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu sama kira-kira jam 10.35 pagi.

Iklan

Pada Selasa, Seri Paduka Baginda menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat daripada BN menghadap pada jam 10.30 pagi ini di Istana Negara.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua gabungan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 4.30 petang Selasa.

Iklan

Jelas beliau, proses ini dilakukan bagi membolehkan Seri Paduka Baginda dapat membuat keputusan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat, yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, difahamkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bersidang malam Selasa memutuskan untuk memohon perkenan untuk menangguhkan pertemuan dengan Seri Paduka Baginda yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi ini.

Ia susulan gabungan itu masih kekal dengan pendirian dibuat sebelum ini untuk tidak menyokong PH atau PN bagi membentuk kerajaan.

Kemelut penubuhan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan masih tidak ada gabungan parti mendapat majoriti mudah.

Walaupun PH dan PN masing-masing sebelum ini menyatakan keyakinan memperoleh sokongan mencukupi, namun keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional BN melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada pagi Selasa menjawab segalanya.

BN yang dilihat menjadi king maker membuat keputusan untuk kekal sebagai pembangkang dan tidak menyokong mana- mana gabungan bagi membentuk kerajaan, sekali gus me- nyukarkan PH dan PN mencapai majoriti mudah 112 sokongan ahli Dewan Rakyat.