KAJANG - 'Tengok wayang', itu reaksi spontan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya berkenaan destinasi yang ditujunya ketika keluar dari kediaman beliau di Bandar Sungai Long pada Rabu.
Ahli Parlimen Tambun itu dilihat keluar dari rumahnya sekitar jam 11.22 pagi dan sempat menyapa petugas-petugas media yang berkampung di hadapan kediamannya sejak jam 9 pagi.