KUALA LUMPUR - Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dijangka hadir sebagai saksi pendakwaan bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini, akan datang.
Ketika prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pernyataan saksi sudah tersedia dan Zeti Akhtar akan membacanya dalam prosiding itu.