Saarani beri jaminan isu tanah diurus ikut perlembagaan

Iklan
Saarani dalam sidang akhbar pada Rabu.

IPOH - Kerajaan Perak beri jaminan sebarang isu melibatkan tuntutan pemilikan tanah di negeri ini dilakukan mengikut perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu akan diteliti mengikut perundangan yang termaktub dan bukan atas desakan atau tuntutan mana-mana pihak.

Iklan
Iklan

"Kita akan selesaikan ikut perlembagaan, kita ada Kanun Tanah Negara dan kita akan ikut Undang-undang Tubuh Negeri.

"Benda itu telah termaktub," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri Perak di Pejabat Menteri Besar Perak di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu tular mengenai tuntutan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru.

Isu sama pernah menjadi konflik dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) apabila DAP menuntut pemilikan itu dilaksanakan seperti dijanjikan dalam manifesto PH ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Iklan

Mengulas lanjut, Saarani berkata, tiada sebarang tuntutan seperti itu dalam pembentukan kerajaan BN dan PH yang baharu dibentuk ini.

"Tidak ada, tak pernah ada tuntutan itu," katanya.

Beliau turut menegaskan, perjanjian dibuat antara BN dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri hanyalah berkaitan peranan dalam pentadbiran.

"Perjanjian itu berkaitan dengan agihan jawatan, peranan BN sebagai speaker, menteri besar dan tiga exco. Itu sahajalah. Tiada yang lain," katanya.