ALOR SETAR - Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) perlu menjunjung aspirasi titah cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencadangkan kedua-dua parti menubuhkan Kerajaan Perpaduan.
Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, PH dan PN perlu melontar jauh sebarang prinsip ekstrim yang dibawa sebelum ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dua gabungan parti itu harus menggalas amanah rakyat negara ini dengan mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan yang tidak ekstrim dan meneruskan dasar-dasar yang bersesuaian dengan agama Islam, kepentingan kaum mengikut ketetapan Perlembagaan dan kedaulatan negara.
"Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berkemampuan dan berhala tuju bagi memastikan negara ini mampu mendepani cabaran masa depan, khususnya cabaran krisis ekonomi yang dijangka berlaku tahun hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Syed Mohd Johan Rizal berkata, perpaduan adalah pemangkin utama kepada pembangunan negara dan Malaysia sebelum ini yang ditadbir harmoni oleh Barisan Nasional (BN) disertai oleh pelbagai kaum di negara ini, termasuk dari kalangan etnik dari Sabah dan Sarawak sejak merdeka.
Menurutnya, pengalaman selama 22 bulan pemerintahan PH yang menyaksikan perubahan ekstrim tidak dapat diterima majoriti rakyat Malaysia, serta memusnahkan keharmonian dan perpaduan kaum yang disemai BN selama ini.
Artikel Berkaitan