Seorang maut, 14 cedera dalam dua letupan di Baitulmaqdis

Iklan
Pasukan keselamatan Israel berdiri di lokasi letupan di perhentian bas berhampiran pintu masuk ke Baitulmaqdis pada Rabu. - Foto EPA

BAITULMAQDIS - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam dua kejadian letupan di Baitulmaqdis pada awal Rabu, lapor Xinhua.

Insiden dilaporkan berlaku di sebuah perhentian bas berhampiran pintu masuk Baitulmaqdis dan letupan kedua terjadi kurang sejam selepas insiden pertama di stesen bas di Ramot, sebuah kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur, menurut polis.

Iklan
Iklan

Eli Bin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan kecemasan Magen David Adom Israel memberitahu media bahawa sekurang-kurangnya 15 orang cedera dan sebahagian daripada mereka kritikal.

Seorang mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami, menurut Hospital Sha'are Zedek dalam satu kenyataan.

Iklan

Dalam satu kenyataan lain, polis memaklumkan bahawa siasatan mengenai kejadian 'masih diteruskan' dan mendakwa letupan itu merupakan sebahagian daripada 'serangan pengganas terancang'. - Bernama

Iklan