SKUAD Maghribi boleh menarik nafas lega apabila berjaya mencuri satu mata pada aksi sulung Kumpulan F dalam saingan Piala Dunia setelah terikat tanpa jaringan menentang finalis edisi 2018, Croatia sebentar tadi.
Status Croatia yang dilabel sebagai pasukan pilihan dan menghuni ranking ke-12 dunia tidak menggentarkan Maghribi yang berjaya mengimbangi perlawanan dengan kemas dan tenang.
Iklan
Iklan
Croatia yang dibarisi pemain berpengalaman termasuk, Luka Modric dan Dejan Lovren mengasak sejak awal perlawanan, namun Maghribi ampuh bertahan.
Pada edisi empat tahun lalu di Rusia, Croatia melakar sejarah apabila mara ke final buat pertama kali, namun dikecewakan oleh Perancis yang muncul juara menerusi kemenangan 4-2.
Ini adalah penampilan kelima Croatia di pentas Piala Dunia dan diramal tiada masalah mara ke pusingan kalah mati, namun berdasarkan keputusan aksi pertama ini, skuad bimbingan Zlatko Dalic perlu mencatur semula corak permainan The Blazers.
Maghribi selepas ini akan menentang akan menentang Belgium pada 27 November, manakala Croatia dijadualkan membuat perhitungan dengan Kanada pada 28 November.
Artikel Berkaitan