Sebahagian penduduk dan pelancong menikmati pemandangan matahari terbenam ketika tinjauan di Pantai Tanjung hari ini.
Kemelut perlantikan Perdana Menteri Ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 yang berlarutan sehingga hari ini tidak menjejaskan aktiviti harian peniaga dan juga penduduk termasuk pelancong untuk mengunjungi kawasan tumpuan berikutan keadaan negara terkawal dan bebas daripada anasir yang tidak diingini.