952 mangsa banjir di tujuh daerah di tiga negeri

Iklan
PPS - Foto bernama

KUALA LUMPUR - Tujuh daerah di tiga negeri masih terkesan banjir dengan 952 mangsa berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang Rabu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melalui kenyataan memaklumkan kejadian banjir itu melibatkan empat daerah di Perak, dua di Selangor dan satu di Johor.

Iklan
Iklan

"Jumlah ini menunjukkan pengurangan berbanding laporan jam 8 pagi tadi dengan terdapat 1,156 mangsa sedang berlindung di PPS seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Nadma melaporkan satu PPS ditutup pada Rabu iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Kerian, Perak.

Iklan

Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan enam sungai berada ditahap amaran iaitu Long Teru, Miri, Sarawak; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang dan Sungai Triang di Bera, Pahang; Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, Johor serta Sungai Kerian di Rumah Pam Bandar Baharu, Bandar Baharu dan Sungai Gurun di Kampung Perupok, Yan, Kedah.

Dalam pada itu, Nadma memaklumkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara mengeluarkan notis kesiapsiagaan banjir kilat di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak pada jam 4 petang tadi.

Menurutnya, Jabatan Kerja Raya pada jam 2 petang pula melaporkan terdapat dua lokasi terkesan banjir, tujuh lokasi cerun runtuh serta masing-masing dua lokasi jalan mendap dan jambatan rosak/runtuh.

Iklan

Kejadian-kejadian ini berlaku di empat daerah di Kedah, masing-masing dua daerah di Johor dan Negeri Sembilan serta masing-masing satu daerah di Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang. - Bernama