Penduduk Indonesia masih takut pulang ke rumah

Iklan
Penduduk yang panik melarikan diri ke tanah tinggi ekoran gempa bumi 6.8 magnitud yang menggegar Luwuk, Sulawesi Tengah semalam. - Foto AFP

SULAWESI - INDONESIA. Sejumlah penduduk di beberapa kawasan Kepulauan Indonesia yang dilanda gempa bumi berukuran 6.8 magnitud semalam dilaporkan masih takut pulang ke rumah masing-masing ekoran kebimbangan berlakunya gempa susulan dan tsunami.

Gegaran ekoran gempa bumi pada kedalaman 17 kilometer itu dirasai di seluruh pantai timur Sulawesi di mana lebih 4,000 mangsa terkorban dalam tragedi gempa dan tsunami tahun lalu, dan turut menyebabkan penduduk yang panik lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Iklan
Iklan

Setakat ini pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang laporan rasmi berhubung kematian atau kecederaan ekoran gempa bumi tersebut.

Wartawan AFP yang berada di lokaIndonesiasi memberitahu tidak terdapat sebarang kerosakan besar melibatkan harta benda.

Iklan

"Situasi kini kembali normal dan sejumlah 1,300 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing," kata kenyataan agensi pengurusan bencana tanpa menyatakan jumlah penduduk yang masih enggan meninggalkan tanah tinggi dan pulang ke rumah.

Seorang penduduk Luwuk Emiliana Rumayer berkata, dia dan keluarganya terpaksa bermalam di kawasan bukit ekoran gempa bumi semalam tapi kini telah pulang ke rumah.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis bandar Poso di Sulawesi Mohammad Sholeh berkata, kesan gempa di kawasan itu tidak serius dan tiada kematian dilaporkan.

Jumaat lalu, amaran tsunami dikeluarkan pihak berkuasa untuk komuniti pantai di daerah Morowali dan penduduk dinasihatkan untuk menjauhi kawasan pantai.

Amaran tersebut kemudian ditarik balik oleh agensi pengurusan bencana yang menganggarkan ombak berada pada paras bawah setengah meter. - AFP