'Kami munajat, tak tengok wayang' - Ahmad Faizal

Iklan
Ahmad Faizal tiba di kediaman Muhyiddin jam 9.25 pagi.

KUALA LUMPUR -"Kita tak tengok wayang, kita munajat tak makan pop corn (bertih jagung)," seloroh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika disapa media pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media akan tujuannya datang ke kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara jam 9.25 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau memandu sendiri kereta jenis Lexus berwarna putih ditemani isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed.

Pengamal media berkampung di kediaman Muhyiddin.

Pada pagi Rabu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bergurau mahu keluar tengok wayang ketika ditanya media mengenai destinasi pemimpin itu ketika keluar dari kediamannya di Sungai Long, Kajang.

Iklan

Sementara pada waktu petang, Anwar sekali lagi berseloroh mahu menonton wayang dan menyerahkan pula bungkusan pop corn kepada media yang membuat liputan di luar pejabatnya di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Pada Khamis Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan akan mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara jam 10.30 pagi.

Iklan