Teresa harap PM suarakan hasrat isu eksport minyak sawit

Iklan
Teresa Kok

PUTRAJAYA - Menteri Industri Utama, Teresa Kok berharap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat menyuarakan isu export minyak sawit Malaysia ke China pada Sidang Kemuncak ‘One Belt One Road’ di negara itu pada hujung bulan ini.

Mengulas mengenai kebimbangan isu eksport komoditi itu tidak dibincangkan dalam rundingan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Teresa berkata, beliau berharap China akan membuat lebih banyak komitmen membeli komoditi Malaysia susulan pengumuman penyambungan semula projek itu.

Iklan
Iklan

"Saya tidak menyertai rundingan itu, jadi saya hanya boleh menyuarakan harapan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: ECRL guna bahan mentah tempatan: Teresa Kok

Iklan

"Memandangkan Perdana Menteri akan pergi ke China pada akhir bulan April untuk Sidang Kemuncak ‘One Belt One Road’ saya berharap dalam sidang kemuncak itu, kita akan berjaya mendapat lebih pembelian minyak sawit Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nutritisi: Hidup Sihat dengan Minyak Sawit Malaysia, di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Khas Perdana Menteri, Tun Daim Zainuddin mengumumkan projek ECRL akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion, berkurangan RM21.5 bilion daripada nilai asal RM65.5 bilion.

Iklan

Bagaimanapun, Daim berkata perbincangan bersama China itu hanya berkisar mengenai ECRL dan tidak menyentuh perkara lain termasuk isu minyak sawit.

Mengenai projek kereta api tersebut, Kok juga berharap lebih banyak kandungan tempatan akan digunakan dalam pembinaan.

"Apabila mereka membina landasan bertingkat, mereka sudah pastinya memerlukan galas seismik yang boleh menampung gegaran gempa bumi atau apa juga bentuk bentuk gegaran atau pergerakan bumi. Di Malaysia, kita ada produk itu.

"Kita juga berharap mereka boleh menggunakan kayu Malaysia, dan lebih banyak kontraktor tempatan boleh diambil bagi projek ini,” katanya.

Sementara itu, Kok juga menggesa golongan profesional perubatan untuk bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam menjalankan penyelidikan untuk mempertahankan minyak sawit daripada fakta-fakta yang disalah anggap berkaitan risiko kesihatannya.

Beliau berkata profesional perubatan boleh memainkan peranan sebagai duta Malaysia untuk menyebarkan maklumat yang betul dan positif kepada orang awam memandangkan persepsi negatif mengenai minyak sawit adalah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kebaikan dan manfaat kesihatan minyak sawit.

"Apa yang dikatakan oleh doktor sangat penting, kalau doktor kata bagus semua orang percaya, tetapi doktor sendiri mestilah yakin tentang kesemua hasil penyelidikan itu.

"Inilah sebabnya adalah baik bagi mereka bekerjasama dengan saintis kita dengan MPOB untuk menjalankan kajian ke atas pesakit atau dalam kursus perubatan mereka," katanya.

Menurutnya, MPOB juga sedang menjalankan kajian dengan pakar perubatan dalam dan luar negara bagi membuktikan kebaikan minyak sawit kepada kesihatan. - Bernama