Kane mungkin turun lawan AS

Iklan
Kane - Foto EPA

PENGENDALI England, Gareth Southgate mungkin boleh menarik nafas lega apabila penyerangnya, Harry Kane menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Al Wakrah, pada Rabu.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan penyerang Tottenham Hotspur itu mungkin mampu untuk diturunkan pada perlawanan menentang Amerika Syarikat pada (AS), awal pagi Sabtu ini.

Iklan
Iklan

"Dia sudah bersama kami hari ini (sesi latihan) dan ia perkembangan yang bagus buat pasukan kerana dia adalah kapten kami,” kata penjaga gol England, Jordan Pickford.

Sebelum ini, keputusan sama ada Kane akan diturunkan pada aksi kedua Kumpulan B menentang AS menjadi tanda tanya selepas berusia 29 tahun mengalami kecederaan kaki, awal babak kedua ketika pasukannya menang besar, 6-2 ke atas Iran.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Kane kini sudah meledak 51 gol dalam 76 penampilan bersama Three Lions dan kehadirannya mampu menambah sengat England yang gagal menewaskan AS di Piala Dunia, termasuk kekalahan memalukan pada 1950 sebelum seri 1-1 di Afrika Selatan pada 2010.