KANADA membuktikan The Reds mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia selepas memaksa Belgium berhempas pulas sebelum menang, 1-0 ke atas pasukan nombor 33 dunia dalam perlawanan Kumpulan F, Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Ahmed bin Ali, Ar-Rayyan.
Malah pengendali Kanada, John Herdman berkata, pasukan dari Amerika Utara kurang bernasib baik ketika berdepan Belgium yang berstatus nombor dua dunia.
"Dengan persembahan seperti ini, saya berkata kepada semua para di bilik persalinan pemain - 'kita hanya perlu meneruskan tugas seterusnya.'
"Sejujurnya saya yang diberikan diamanahkan mengemudi pasukan ini amat bangga dengan apa yang mereka lakukan, ya sangat bangga. Para pemain membuktikan mereka tidak hanya boleh bermain tetapi jua bersaing di kejuaraan tertinggi bola sepak," kata pengendali berusia 47 tahun tersebut.
Kanada, yang mencipta kejutan apabila menjadi negara CONCACAF pertama yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun ini, kali terakhir mengambil bahagian dalam kejuaraan itu pada 1986, di mana tersingkir di peringkat kumpulan tanpa menang dan tanpa jaringan.
Pada perlawanan itu Belgium, yang menduduki tempat ketiga pada pusingan akhir edisi Rusia 2018, hanya melakukan sembilan percubaan ke gawang manakala Kanada pula 21 percubaan.
Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois tampil cemerlang apabila menyelamatkan sepakan penalti pada awal separuh masa pertama manakala Michy Batshuayi menjaringkan gol pada separuh masa untuk memberikan Belgium kemenangan.
Sementara itu, Kanada biarpun gagal memanfaatkan beberapa peluang menjaringkan gol, namun mampu bertahan mengekang asakan hebat lawan hebat dengan menghalang mereka daripada menyesuaikan diri sepanjang perlawanan.
"Saya tidak akan mengkritik mereka kerana apabila anda berjaya menyaingi Belgium, anda tidak boleh mengeluh terlalu banyak. Kadang-kadang ia adalah malam anda atau sebaliknya," kata Herdman.
Belgium kini memimpin Kumpulan F dengan tiga mata diikuti Croatia dan Maghribi masing-masing dengan satu mata, manakala Kanada tanpa mata.