Tunggu keputusan Mesyuarat Khas Raja-Raja di rumah Muhyiddin

Iklan
Kenderaan beberapa pemimpin PN tiba di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara seawal jam 9.25 pagi.
KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) tiba di kediaman Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara seawal jam 9.25 pagi.

Difahamkan, mereka berkumpul di sana bagi menunggu keputusan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang diadakan di Istana Negara pada Khamis.

Antara pemimpin yang lihat hadir termasuk Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Iklan
Iklan
Tandas bergerak disediakan bagi kemudahan media.
Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Faizal meraikan petugas media yang berada di lokasi dengan menghantar pek nasi beriani sebanyak 30 bungkus sekitar jam 11.30 pagi.

Media yang berpanas turut dipasangkan dua khemah hasil inisiatif Ketua Penerangan Armada Malaysia, Ashraf Mustaqim.

Iklan

Tandas bergerak turut disediakan bagi kemudahan petugas media.