Enam pegawai kanan PDRM tukar jawatan

Iklan
PDRM

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan enam pegawai kanannya berkuat kuasa 13 Mei depan.

Ketua Komunikasi Korporat, Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran jawatan itu membabitkan Senior Asisten Komisioner (SAC) Institut Keselamatan Awam (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr Laila Ali yang ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) Bahagian Agam dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Iklan
Iklan

Tambahnya, Laila akan menggantikan SAC Shafien Mamat yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman.

"Selain itu, Asisten Komisioner (ACP) Pentadbiran Jabatan Pengurusan Selangor, ACP Nordin Manan juga akan dilantik sebagai Timbalan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pahang.

Iklan

"Nordin akan menggantikan ACP Zaldino Zaludin yang bertukar ke Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Asmawati berkata, Zaldino akan menggantikan ACP Mohammad Abd Hamid yang dilantik sebagai ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Selangor.

Iklan

Katanya, Ketua Pegawai Keselamatan Istana dan Pengiring Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Kelantan, Jabatan Pengurusan Kelantan, Superintendan Hisham Mahmood turut akan bertukar sebagai Penolong Ketua Staf Koordinasu Pasukan Khas Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Jabatan Perdana Menteri.