PENGENDALI Belanda, Louis Van Gaal tidak mahu terburu-buru untuk menurunkan penyerangnya, Memphis Depay dalam kesebelasan utama pasukan pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala Dunia Qatar 2022 menentang Ecuador pada awal pagi Sabtu.
Bekas jurulatih Manchester United itu berkata, meskipun mengakui pemain itu memberi impak ketika dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Senegal pada Ahad lalu, namun beliau perlu meneliti beberapa aspek termasuklah kecergasannya memandangkan pemain itu baharu pulih daripada kecederaan hamstring.
Iklan
Iklan
"Sebelum perlawanan menentang Senegal, kami memang sudah bersetuju untuk memberikannya bermain selama setengah jam sahaja.
"Bagaimanapun untuk perlawanan Ecuador dia mahu bermain penuh. Jadi banyak perkara yang saya perlu lihat terlebih dahulu sebelum membenarkannya beraksi pada perlawanan tersebut.
Sebelum ini pada aksi menentang Senegal, Depay diletakkan di bangku simpanan pada permulaan permainan sebelum dibawa masuk pada separuh masa kedua ketika pasukannya mencatatkan kemenangan 2-0
Pada aksi tersebut, Depay memainkan peranan sebagai pencetus gol kedua Belanda yang dijaringkan Davy Klaassen pada minit akhir perlawanan.
Artikel Berkaitan