Anwar bergerak ke Istana Negara

Iklan
Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Tambun dilihat keluar jam 4 petang diiringi oleh polis pengiring.

KAJANG - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya di sini dipercayai menuju ke Istana Negara bagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Tambun itu dilihat keluar jam 4 petang diiringi oleh polis pengiring.

Iklan
Iklan

Anwar, 75, yang memakai baju Melayu hitam sebelum itu sempat melambaikan tangan kepada pemberita dan penyokong yang menunggu di hadapan rumahnya.

Terdahulu, seawal jam 8 pagi petugas media berkampung di kediamannya dekat sini bagi melaporkan perkembangan terkini situasi semasa politik tanah air.

Iklan

Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada jam 5 petang ini di lstana Negara.

Iklan