KUALA LUMPUR - Pekarangan Pintu 2 Istana Negara meriah dengan kehadiran penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berkumpul di sini sejak jam 3 petang tadi.
Laungan 'reformasi' kira-lebih 100 penyokong Pakatan Harapan (PH) mula bergema di hadapan pintu masuk berkenaan.
Rata-rata penyokong tidak sabar untuk menyaksikan detik bersejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada jam 5 petang ini di lstana Negara.
Seorang penyokong yang dikenali sebagai Pak Chad, 66, melahirkan rasa terharu dan berkongsi rasa gembira melihat perjuangan Anwar selama ini akhirnya tercapai.
Lebih 100 penyokong PH yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di lstana Negara pada Khamis.