KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk menyertai kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan semalam supaya GPS mempertimbangkan untuk bersama-sama gabungan lain bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu.