Cabaran besar menanti Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media pertama setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Sungai Long Golf Club House, Kajang, malam tadi. Foto Bernama

SEMALAM atau lebih tepat lagi 24 November mencatatkan sejarah penting buat negara apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pelantikan itu juga turut mengakhiri kemelut penubuhan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri yang berlanjutan hampir seminggu apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu menyaksikan tidak ada gabungan parti mendapat majoriti mudah.

Iklan
Iklan

Keadaan itu menyebabkan kerajaan tergantung dan ia merupakan situasi pertama kali dalam sejarah negara.

Namun, segalanya ternoktah pada Khamis apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Iklan

Susulan itu, tepat jam 5 petang hari sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Iklan

Pelantikan tersebut berikutan perkenan Seri Paduka Baginda selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada sebelah pagi Khamis.

Umum mengetahui 'kejayaan' Presiden Parti Keadilan (PKR) itu diangkat sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan Barisan Nasional (BN) melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Tumpuan kini pastinya terarah kepada bentuk kerjasama yang bakal dibuat dalam kerajaan baharu itu yang pernah kali berlaku dalam sejarah pentadbiran Malaysia.

Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti barisan Kabinet yang akan diterajui Anwar yang selama ini memperjuangkan reformasi dalam kerajaan sekiranya diberi mandat.

Hakikatnya cabaran besar pastinya menanti Ahli Parlimen Tambun itu kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ditadbir dua gabungan yang berlainan, apatah lagi PH-BN sebelum ini menjadi seteru utama.