RIYADH - Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dalam perutusan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu Malaysia turut menzahirkan agar rakyat Malaysia terus maju jaya serta makmur.
Raja Salman yang juga Penjaga Dua Masjid Suci menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dalam satu majlis yang diadakan di Istana Negara pada Khamis.