KUALA SELANGOR - Pusat pelancongan, Bukit Malawati di sini, ditutup sementara selepas berlaku runtuhan tanah di tebing laluan kawasan itu pada Jumaat.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu turut mengakibatkan pokok tumbang dan menutupi laluan tersebut.
"Seramai 32 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 10.20 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Norazam berkata, hasil pemeriksaan mendapati runtuhan tanah itu melibatkan tebing salah satu laluan di Bukit Malawati.
Ujar beliau, kawasan runtuhan itu tidak melibatkan jalan utama dan pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sedang memotong pokok tumbang.
Sehingga kini, katanya, pihaknya sedang membersihkan lokasi runtuhan dan memastikan keselamatan kawasan berkenaan.
Jelas beliau, selain MPKS, operasi itu disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Pemantauan lanjut turut akan dilakukan di sekitar kawasan pelancongan tersebut," ujarnya.