WASHINGTON - Pemilik Twitter, Elon Musk berkata, pada Khamis akaun yang disekat akan ditarik balik bermula minggu depan.
Langkah itu diambil susulan tinjauan yang dibuat baru-baru ini mengenai sama ada perlu memberikan 'pengampunan' kepada akaun yang disekat telah mendapat lebih 3.1 juta undi menyaksikan 72.4 peratus responden bersetuju manakala 27.6 peratus tidak bersetuju.
Akaun Twitter Trump disekat kerana didakwa menghasut untuk melakukan keganasan semasa insiden Capitol 6 pada Januari 2021 dan akaun Greene digantung selepas berulang kali berkongsi maklumat salah mengenai Covid-19 manakala West dikenakan tindakan kerana menciap kenyataan berunsur anti-Semitik, menurut Agensi Anadolu. - Bernama