Banjir teruk landa Jeddah, dua maut

Iklan
Situasi banjir di Jeddah yang dikongsi oleh seorang pengguna di Twitter. - Agensi

RIYADH - Dua maut selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir teruk di barat Arab Saudi termasuk di Jeddah dalam tempoh 24 jam lalu.

Kematian itu diumumkan jurucakap agensi pertahanan awam di Twitter sambil menggesa penduduk terus berada di rumah jika tiada urusan penting.

Iklan
Iklan

Banjir teruk itu turut menyebabkan sejumlah penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz ditangguhkan, selain beberapa sekolah ditutup.

Difahamkan, laluan yang menghubungi Jeddah dan Makkah turut ditutup selepas hujan lebat melanda, sebelum dibuka kembali tidak lama kemudian.

Iklan

Media tempatan melaporkan, para jemaah mengelilingi Kaabah dalam keadaan hujan lebat di Masjidilharam.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi semalam merekodkan 179 milimeter padu hujan, iaitu yang tertinggi pernah direkodkan di Jeddah.

Iklan

Hujan lebat dilaporkan turun pada Khamis sejak jam 8 pagi (waktu tempatan) sehingga 2 petang.

Jeddah dilanda banjir hampir setiap tahun disebabkan kemudahan infrastruktur yang daif dan tidak sempurna.

Pada 2009, kejadian banjir di bandar itu meragut 123 nyawa. - Agensi