Lelaki direman lima hari kes cabul dalam lif

Iklan
Tangkap layar Sinar Harian pada Khamis.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki direman lima hari untuk siasatan kes cabul membabitkan mangsa kanak-kanak perempuan semasa berada dalam lif sebuah kediaman di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, tempoh reman suspek berusia 19 tahun itu bermula Jumaat.

Iklan
Iklan

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berdepan detik hitam selepas dipercayai menjadi mangsa cabul ketika berada dalam lif sebuah kediaman di sini pada Rabu.

Kejadian itu telah diceritakan mangsa kepada ibunya pada jam 8.20 pagi, hari kejadian sebelum satu laporan polis dibuat di Balai Polis Presint 7 Putrajaya.

Iklan

Mangsa memberitahu ketika dia menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan, dia telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek.

Suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki kereta.

Iklan

Susulan kejadian itu, suspek berjaya diberkas di Pasar Kajang, pada petang Khamis.