JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan seramai 10 lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian bola sepak membabitkan jumlah pertaruhan mencecah RM 1.06 juta sempena kejohanan Piala Dunia Qatar 2022.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua individu berusia 22 hingga 43 tahun itu ditahan menerusi 10 serbuan di seluruh negeri yang dilakukan sempena Op Saga selama empat hari bermula 21 November lalu.
Iklan
Iklan
"Suspek kini ditahan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalanakan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, mana-mana individu yang menganjurkan pertaruhan sempena kejohonan Piala Dunia Qatar 2022 akan dikenakan tindakan tegas berlandaskan undang- undang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan perjuadian boleh menyalurkan maklumat ke balai polis berhampira atau menghubungi bilik gerakan polis di talian 07-2219999 atau 07-2254677.