Nelayan cari ketam

Iklan
Musim hujan dan ombak bergelora sentiasa meresahkan para nelayan ketika mencari rezeki di tengah laut, ketika tinjauan di Persiaran Gurney.

Namun mereka tetap bersemangat biarpun terpaksa menempuh perubahan cuaca ketika ini untuk mencari hasil seperti ketam.

Menurut seorang nelayan, Ah Heng, beliau mencari ketam (pada musim sekarang) kerana dikatakan jumlahnya lebih banyak dan boleh mencecah lebih kepada 60 kilogram berbeza dengan hari biasa iaitu hanya 10 kilogram.

Ah Heng berkata beliau sentiasa berwaspada ketika turun ke laut pada musim hujan dan ombak bergelora bagi memastikan keselamatan diri serta pekerja-pekerjanya lain.