Gangguan pencemaran bekalan air Selangor menurun: Amirudin

Iklan
Amirudin Shari

SHAH ALAM - Kes pencemaran kod merah sumber air Selangor yang menyebabkan henti tugas operasi loji rawatan air ( LRA ) menunjukkan penambahbaikan dari segi kawalan dan mitigasi berbanding dua tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, terdapat penurunan signifikan terhadap kes kecemasan kod merah pada tahun ini sekali gus menunjukkan bilangan gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan pencemaran berkurangan.

Iklan
Iklan

"Kapasiti ini mampu membekalkan air sekurang- kurangnya tiga bulan dan mampu bertahan maksimum sehingga enam bulan tanpa hujan," katanya semasa berucap dalam Pembentangan Bajet 2023 semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan Selangor telah bersetuju Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bekerjasama dengan Syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk membangunkan 21 kolam dan bekas lombong sebagai sumber bekalan air.

Iklan
Iklan