SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan ( BKK ) tahun 2022 kepada semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebanyak dua bulan setengah.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian BKK kali pertama minimun sebanyak RM1,000 itu telah dilaksanakan menerusi insentif khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Hari Raya Aidilfitri lalu.