KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan ada berlaku keretakan kerjasama antara BN dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Timbalan Ketua Menteri itu sebaliknya berkata, kerjasama kerajaan negeri antara BN dan GRS berjalan dengan baik.
Iklan
Iklan
Ditanya mengenai dakwaan isytihar perang daripada GRS, beliau berkata, keadaan ketika ini aman.
"Insya-ALLAH, kalau rakyat mahu aman kita aman. Kalau wartawan mahu perang kita perang.
"Setakat ini kita tiada keretakan, yang ada itu kita punya luahan hati. Emosi sikit (ketika itu)," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa kebijaksanaan pemimpin amat diperlukan untuk menangani keadaan politik semasa.
"Sebab politik ini bukan emosi. Politik ni adalah satu instrumen untuk memastikan bahawa kita mendapat kuasa dan kuasa itu kita gunapakai untuk membangun negeri Sabah," jelasnya.