Tingkatkan lantikan senator wanita

Iklan
Sharifah ketika menjadi panelis pada program Sinar Live bertajuk Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia yang berlangsung di Auditorium Karangkraf Seksyen 15 pada Jumaat.

SHAH ALAM - Bilangan pelantikan senator wanita perlu ditingkatkan untuk memastikan keseimbangan perwakilan bagi golongan tersebut di Parlimen, kata penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh.

Beliau berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan jumlah ahli Parlimen wanita menurun daripada 33 kepada 30 orang.

Iklan
Iklan

Hadir sama dalam program yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan bekas ADUN Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat dan Presiden Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.

Dari kiri: Moderator, Hazwan Mohktar; Sharifah dan Rais ketika program Sinar Live bertajuk Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia yang berlangsung di Auditorium Karangkraf Seksyen 15 pada Jumaat.

Sharifah berkata, rakyat seharusnya optimis dengan keupayaan kerajaan baharu di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kestabilan dan seterusnya membawa Malaysia ke arah hala tuju lebih baik.

Iklan

Mengulas mengenai kerisauan rakyat terhadap kemungkinan berulangnya episod kejatuhan kerajaan semasa pasca PRU14 lalu, Sharifah berkata, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa negara sedang dalam proses peralihan kepada politik yang lebih matang.

"Dulunya politik negara kita hanya satu pihak sahaja yang mendominasi tetap kini telah berubah kepada politik yang lebih matang. Jadi apa yang kita buat sekarang ini (kerajaan campuran) adalah satu perkara yang amat baharu.

Iklan

"Tapi kalau negara maju seperti Denmark, Sweden dan Kanada, ia adalah satu perkara biasa dan bukanlah satu masalah.

"Amat molek juga situasi ini berlaku di negara kita ketika ini kerana ada banyak perkara yang dimahukan oleh rakyat dan juga penentu masa depan negara yang lebih penting daripada politik kepartian,” ujarnya.