Pembentukan kabinet, Bajet 2023 jadi kayu ukur

Iklan
Afif ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

SHAH ALAM - Pembentukan kabinet dan pembentangan Bajet 2023 dijangka akan menjadi kayu ukur prestasi 100 hari pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata, aspek tersebut akan menjadi cabaran kepada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar terutamanya dalam menentukan hala tuju negara.

Iklan
Iklan

"Sama ada Belanjawan baru akan dibentangkan ataupun Belanjawan yang sama akan dibahaskan semula, itu saya tidak pasti.

"Namun pastinya itu akan menjadi kayu pengukur 100 hari pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kepada hala tuju negara selepas ini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Program yang dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar itu turut menampilkan Penganalis politik, Dr Sharifah Shahirah Syed Sheikh; Presiden Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan bekas ADUN Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid.

Iklan

Sementara itu, Afif berkata, pendirian dan sebarang keputusan yang dibuat Anwar sebagai Perdana Menteri akan dilihat oleh ahli politik terutamanya kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, prinsip Pakatan Harapan (PH) iaitu melawan rasuah dan kleptokrasi juga akan dilihat sebagai faktor penting memandangkan pemain-pemain politik seperti Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih lagi berada dalam kerajaan.

"Ini juga akhirnya akan melihat balik kepada apa yang dijanjikan oleh PH ketika berkempen tempoh hari iaitu melawan kleptokrasi dan rasuah.

"Ini juga kita akan lihat sama ada dapat dilaksanakan atau tidak. Pastinya ia juga akan memainkan peranan penting dalam kestabilan kerajaan perpaduan,” menurutnya.