BEIJING - Perdana Menteri China, Li Keqiang pada Jumaat menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Li berkata, secara tradisinya China dan Malaysia adalah jiran seberang laut dan hubungan akrab ini menyaksikan momentum pembangunan yang hebat, lapor Agensi Berita Xinhua.